Dun Negeri Sembilan Bubar 1 Julai- MB Aminuddin

Politics
28 Jun 2023 • 11:12 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dun Negeri Sembilan Bubar 1 Julai- MB Aminuddin

SEREMBAN, 28 Jun (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan Sabtu ini (1 Julai), bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tarikh itu dicadangkan dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Pada pagi ini saya mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menandatangani watikah membubarkan DUN Negeri Sembilan bagi memberi ruang PRN diadakan.

“Alhamdulillah, tarikh pembubaran 1 Julai ini,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, Aminuddin tiba di Istana Hinggap di sini, pada 10 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran DUN.

Sumber: Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved