DUN Selangor lulus penubuhan KWA-KTK untuk pemutihan kilang tanpa kebenaran

LocalPolitics
8 Jul 2025 • 2:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Kilang Tanpa Kebenaran (KWA-KTK) bagi memperkukuhkan program pemutihan kilang tanpa kebenaran di negeri ini.

Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ng Suee Lim, menyatakan bahawa penubuhan KWA-KTK penting untuk memastikan tindakan kerajaan diambil serius oleh pengusaha kilang yang beroperasi di kawasan tidak sesuai.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah menyediakan data berpusat bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemulihan yang lebih efektif.

“Untuk rekod, setakat 30 Jun lepas, sebanyak 4,305 aduan berkaitan kilang tanpa kebenaran telah direkodkan di seluruh Selangor,“ katanya semasa menggulung perbahasan usul resolusi penubuhan KWA-KTK di persidangan DUN Selangor.

Ng turut menegaskan bahawa KWA-KTK akan digunakan bagi menanggung kos penguatkuasaan, termasuk program libat urus dan publisiti berkaitan kilang haram di Selangor.

“Ia juga bagi menampung perbelanjaan mengadakan program libat urus dan publisiti yang berkaitan secara langsung dengan tujuan Kumpulan Wang Amanah itu serta lain-lain aktiviti yang secara langsung melibatkan kilang-kilang tanpa kebenaran di Selangor,“ katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved