DUN Selangor: Sri Banting tidak lagi jadi muzium 

LocalTravel
5 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: DUN Selangor: Sri Banting tidak lagi jadi muzium 

SHAH ALAM – Kapal korek bijih timah Sri Banting yang pernah dirancang sebagai muzium perlombongan tidak lagi akan dibangunkan dengan konsep itu, sebaliknya ditransformasikan produk pelancongan warisan berimpak tinggi.

Exco Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri mengambil kira aspek teknikal, kos pelaksanaan serta kemampanan projek.

“Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tahun lalu memutuskan supaya kerja-kerja konservasi kapal korek Sri Banting tidak diteruskan namun aset itu kekal dipelihara kerana mempunyai nilai sejarah dan warisan signifikan. 

“Ia dicadangkan dibangunkan sebagai sebuah taman rekreasi awam dan destinasi pelancongan baru melalui kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selaku pemilik tanah dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya,” katanya ketika menjawab soalan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Jamil Salleh (PN – Dengkil)  yang ingin mengetahui status pembinaan Muzium Kapal Korek Sri Banting.

Menurut Borhan, konsep baharu itu akan mengekalkan kapal korek berkenaan sebagai monumen in-situ dengan menggabungkan elemen perniagaan warisan, rekreasi, pendidikan dan pelancongan. 

“Jadi, saya harap ia akan menjadi mercu pelancongan bagi daerah Sepang atau Dewan Undangan Negeri Dengkil selain tapak sejarah boleh dilawati,” jelasnya. 

Mengulas kos projek, beliau berkata, ia melibatkan keseluruhan lebih RM15 juta merangkumi pembelian kapal korek dan kerja-kerja tambahan membabitkan pemulihan bumbung, dinding serta pembinaan laluan masuk. 

“Kerja-kerja seperti pengepaman air dan beberapa rundingan telah dibuat bagi memastikan pembangunan ini dapat diteruskan. Bagaimanapun, ini adalah kelolaan dan penyeliaan PNSB dan akan dijadikan kawasan pelancongan dan bukan lagi dibawah kerajaan negeri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kapal korek bijih timah dipercayai terbesar di dunia, Sri Banting disasar dijadikan muzium pelancongan sebagai salah satu tempat tumpuan pelancongan menjelang 2028 di Selangor. – KOSMO! ONLINE

The post DUN Selangor: Sri Banting tidak lagi jadi muzium  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved