DUN Sentosa peruntuk 650 baucar Jom Shopping Deepavali, penduduk dipelawa mohon

29 Sep 2022 • 8:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLANG, 29 SEPT: Sebanyak 650 baucar Deepavali diperuntuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa sempena perayaan Deepavali bulan depan, kata wakil rakyatnya.

Dr G Gunaraj berkata pihaknya kini dalam proses mengagihkan baucar tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa.

“Tahun lalu, kita peruntuk 900 penerima untuk baucar Jom Shopping namun agak kurang pada kali ini.

“Bagaimanapun, permohonan baucar ini masih lagi dibuka dan masyarakat yang kurang berkemampuan boleh datang ke pejabat,” katanya kepada SelangorKini.

Tambah Gunaraj, sempena Deepavali beliau mengadakan program Satu Keluarga Satu Baju kepada 500 kanak-kanak dengan mengagihkan pakaian.

“Setiap seorang kanak-kanak daripada satu keluarga akan menerima satu set pakaian yang disumbang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Selain itu, kita akan menganjurkan rumah terbuka untuk masyarakat kawasan ini seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved