DUN Seri Serdang belanja RM200,000 naik taraf prasarana pelbagai institusi

16 Jun 2024 • 1:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menyumbangkan RM200,000 bagi menjayakan kerja baik pulih dan naik taraf prasarana di pelbagai institusi.

Wakil rakyatnya Abbas Azmi berkata antara institusi yang dibantu termasuklah sekolah, masjid, surau dan dewan serbaguna bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan kepada pengguna.

“Antara sekolah yang dibantu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serdang dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) Batu 14 Puchong dengan masing-masing menerima bantuan RM30,000.

“Sumbangan untuk SMK Seri Serdang bagi menambah sinki kantin, baiki bumbung laluan pejalan kaki dan sistem pengairan di padang.

“Sementara Kafa Batu 14 Puchong peruntukan untuk baik pulih tapak perhimpunan termasuk tambah bumbung di kawasan itu,” katanya.

Abbas berkata penambahbaikan kemudahan awam untuk manfaat masyarakat sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

“Mereka boleh buat permohonan kepada pejabat saya dan kita akan pertimbangkan berdasarkan beberapa perkara termasuklah keperluan mendesak dan sebagainya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved