DUN Sungai Burong kerusi pertama diumum SPR

Politics
12 Aug 2023 • 9:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Keputusan rasmi pertama diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam setakat jam 8.43 malam ini ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong di Selangor.

Menurut SPR, kerusi berkenaan dimenangi calon Perikatan Nasional (PN-Pas), Mohd Zamri Mohd Zainuldin dengan majoriti 6,842 selepas memperoleh 24,224 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN-UMNO), Mohamad Khir Ramli yang mendapat 8,605 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Kerusi DUN Sungai Burong adalah satu daripada 245 kerusi yang dipertandingkan pada PRN di enam negeri kali ini.

PRN itu melibatkan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 DUN di Kelantan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved