DUN Terengganu: 952 miskin tegar direkodkan di Terengganu

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 1:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DUN Terengganu: 952 miskin tegar direkodkan di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seramai 952 individu di Terengganu dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan kaedah pengiraan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Jumlah tersebut adalah berdasarkan had kifayah berbanding Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menerusi laporan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mencatatkan kemiskinan sifar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, perbezaan ketara itu berpunca daripada penggunaan kaedah penilaian berbeza oleh kedua-dua agensi berkenaan.

“PGK di Terengganu menetapkan pendapatan RM1,369 bagi kategori miskin tegar, manakala RM2,841 bagi kategori miskin.

“Penilaian ICU dibuat berdasarkan pendapatan isi rumah, sedangkan MAIDAM mempunyai kaedah pengiraan tersendiri melalui had kifayah yang mengambil kira keperluan sebenar sesebuah keluarga,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Sulaiman Sulong (Pas-Pengkalan Berangan) mengenai statistik terkini golongan miskin tegar dan miskin di Terengganu bagi 2026 serta jumlah bantuan yang disalurkan sepanjang tahun ini.

Jelas Maliaman, ICU pula merekodkan seramai seramai 21,800 orang jatuh dalam kategori miskin, manakala MAIDAM mencatatkan jumlah lebih tinggi iaitu 28,168 orang.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak RM321.4 juta bantuan disalurkan kepada golongan memerlukan di negeri ini melalui tiga agensi utama iaitu ICU, MAIDAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, ICU merekodkan seramai 10,061 penerima manfaat berdasarkan data eKasih dengan jumlah bantuan sebanyak RM52.7 juta.

“MAIDAM pula mempunyai 70,460 penerima bantuan dengan peruntukan sebanyak RM130 juta, manakala JKM merekodkan 41,474 penerima bantuan membabitkan jumlah RM138.6 juta. – UTUSAN

The post DUN Terengganu: 952 miskin tegar direkodkan di Terengganu appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved