“Dunia Glamor Tak Indah” – Kini Berniqab, Kisah Hijrah Diana Amir & Elfaeza Ul Haq Buat Netizen Tersentuh

Entertainment
26 Oct 2022 • 12:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dapat menyaksikan selebriti wanita yang dahulunya mempunyai imej seksi kini berubah ke arah yang lebih baik, malah ada yang sanggup meninggalkan dunia industri seni demi mencari keredhaan Allah SWT.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Ustazah Asma’ Harun bersama dua pelakon iaitu Diana Amir dan Elfaeza Ul Haq yang dahulunya pernah aktif di dunia hiburan, namun kini memilih jalan lain.

Semasa sesi live TikTok terbabit, Ustazah Asma’ ada mengatakan barangkali mereka berdua merasakan dunia ‘glamor’ itu indah, namun kedua-dua wanita terbabit secara serentak menggeleng kepala dengan laju tanda tidak bersetuju.

Menurut Diana serta Elfa, mereka cuma suka untuk berlakon saja tetapi hal-hal lain seperti temubual, photoshoot, gosip itu semua sememangnya tidak dirindui oleh mereka.

Malah Diana juga sempat menyatakan rezeki yang diterima dari melakukan hal-hal tersebut juga tidak lama dan hanya bebanan buat mereka saja.

Pengakuan yang dibuat oleh selebriti wanita itu sememangnya membuatkan Ustazah Asma’ berasa terpegun kerana mereka seakan-akan jujur apabila meluahkan hal terbabit.

image is not available

Video terbabit telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya berasa syukur apabila melihat penghijrahan Diana serta Elfa yang kini sudah berniqab serta menutup aurat dengan sempurna.

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

(VIDEO) "Cakap La Elok-Elok..." - Mas Idayu 'Siku' Pembantu Betulkan Tudung, Netizen Komen Tak Ada Adab

View Original Article