Dunia Pilih Urus Konflik Palestin-Israel Berbanding Selesaikannya — Raja Abdullah II

WorldPolitics
23 Sep 2026 • 8:45 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Dunia Pilih Urus Konflik Palestin-Israel Berbanding Selesaikannya — Raja Abdullah II

Raja Jordan, Raja Abdullah II, menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa telah memilih jalan mudah dengan hanya menguruskan konflik Palestin-Israel berbanding usaha menyelesaikannya secara tuntas, sekali gus membiarkan pelbagai pencabulan undang-undang terus berlarutan.

Berucap pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Selasa, baginda menyuarakan kekecewaannya terhadap sikap global yang mendiamkan diri selama berdekad-dekad.

“Selama beberapa dekad saya berdiri di hadapan perhimpunan ini dan memberi amaran tentang bahaya membiarkan konflik Palestin-Israel tidak dapat diselesaikan. Tetapi masyarakat antarabangsa memilih untuk menguruskan konflik itu, bukan menghadapinya,” titah baginda.

Baginda menambah bahawa tindakan pencerobohan dan pelanggaran berterusan oleh rejim Israel yang pada mulanya dianggap bersifat sementara, akhirnya dibiarkan menjadi kekal dan bertukar menjadi dasar rasmi rejim terbabit.

Pengusiran Paksa dan Jenayah Perang di Tebing Barat

Raja Abdullah II turut menyifatkan tindakan pengusiran paksa terhadap rakyat Palestin di wilayah Tebing Barat yang diduduki sebagai satu bentuk “jenayah perang” dan menegaskan bahawa situasi di sana merupakan perubahan struktur yang kritikal, bukan sekadar peningkatan ketegangan biasa.

Baginda membongkar taktik rejim Israel yang terus memperluaskan penempatan haram serta menindas rakyat Palestin, di mana pengembangan penempatan, gelombang keganasan, dan pengusiran penduduk digerakkan sebagai strategi tunggal bagi memaksa rakyat tempatan keluar dari tanah air mereka.

Selain itu, baginda mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 300 kanak-kanak Palestin telah maut dalam tempoh 300 hari pertama pelaksanaan gencatan senjata di Gaza. Baginda turut mendedahkan bahawa hospital lapangan milik Jordan turut menjadi sasaran serangan, sekali gus mencerminkan kesan buruk konflik terhadap keselamatan orang awam dan misi kemanusiaan.

Sumber: Agensi Anadolu (AA) via TRT World

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved