Duo ‘Berkeperluan Khas’ Dari Sabah Rangkul Gelaran Juara Storytelling Di Australia

27 Mar 2023 • 1:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas diucapkan!

Duo ‘Berkeperluan Khas’ Dari Sabah Rangkul Gelaran Juara Storytelling Di Australia. Dua pelajar berkeperluan khas, Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, telah memenangi hadiah pertama di Festival Seni Antarabangsa secara dalam talian (online) berpangkalan di Australia pada 20 Mac lalu.

Pertandingan anjuran Monolit Festival itu telah memberi pengiktirafan tersebut kepada video persembahan pasukan ini yang bertajuk “John & Ibu Sihir” dalam Kategori Dewasa – Penceritaan Berilustrasi.

image is not available
Duo ‘Berkeperluan Khas’ Dari Sabah Rangkul Gelaran Juara Storytelling Di Australia. Kredit: Sabah Post

Bahan yang digunakan pun simple!

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Nurosimah dan Brenda masing-masing berusia 18 tahun merupakan pelajar jurusan pembuatan pakaian di kolej itu dan mereka berdua baru sahaja menduduki peperiksaan hujung tahun.

Menurutnya, mengenai karya yang dimenangi kedua-dua pelajar ini, mereka telah menggunakan kad cerita yang rawak sebagai asas penulisan karya asli mereka dengan menyerapkan unsur fantasi dan dongeng melalui watak ahli sihir.

image is not available

Mereka telah berjaya menulis dan menyampaikan cerita tersebut dalam Bahasa Melayu yang disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris.

Ianya menceritakan seorang lelaki bernama John yang terkejut melihat seorang ahli sihir bersama adiknya di rumah mereka apabila dia balik dari tempat kerjanya.

Rakaman video itu boleh ditonton di Youtube

Christine turut memuji usaha pelajar-pelajarnya yang cekal mengasah bakat mereka dan wajar dijadikan amalan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.

Sementara itu, menurut Nurosimah ketika dihubungi, dia dan rakan baiknya Brenda sangat gembira kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

image is not available

“Kami tidak sangka mendapat tempat pertama, ini akan menjadikan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi bakat kami dan berjaya dalam bidang yang kami ceburi kelak,” katanya.

Rakaman video persembahan Nurosimah dan Brenda boleh diakses melalui: https://youtu.be/ixdMKel_ewM

Baca lagi artikel menarik: