Duolingo Akan Menambah Pembelajaran Muzik Pada Aplikasi Utama

TechnologyDigital
12 Oct 2023 • 8:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Duolingo merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan ramai pengguna dengan fokus kepada pembelajaran bahasa baharu melaluinya. Ia memudahkan pembelajaran dalam bentuk kuiz dan tekaria – sekaligus menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih menarik berbanding kebiasaan.

image is not available

image is not available

Terbaru, pihak Duolingo berkongsi menyatakan akan menambah sokongan pembelajaran muzik melalui aplikasi mereka. Ia akan mengekalkan gaya pembelajaran dalam bentuk tekaria yang menarik mengikut tahap berbeza kepada para pengguna.

Disamping itu, Duolingo juga akan mengintegrasikan pembelajaran matematik pada aplikasi utama – dan memudahkan lagi anda mengekalkan skor dengan mudah pada satu aplikasi sama. Untuk makluman, sebelum ini Duolingo Math telah diperkenalkan secara berasingan.

Duolingo akan memperkenalkan sokongan pembelajaran baharu ini kepada pengguna iOS dengan tetapan bahasa utama Bahasa Inggeris dan Sepanyol terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada yang lain.