Durian House Saradise Hidang Kuetiau Goreng Durian Yang Unik Dan Rare

5 Jan 2024 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menu rare tapi pasti ada peminat tersendiri

Durian House Saradise Hidang Kuetiau Goreng Durian Yang Unik Dan Rare. Sebut sahaja tentang durian, mesti ramai yang cukup suka dengan raja buah ini.

Daripada dimakan begitu sahaja sehingga dijadikan hidangan pencuci mulut pastinya menu dengan olahan daripada raja buah ini mempunyai peminatnya tersendiri.

image is not available
Jual Menu Berasaskan Durian, Kuetiau Goreng Durian Antara Hidangan Unik Di Durian House Saradise Ini. Sumber: FB Rachelle Olivia Dobby

Namun, pernahkah anda merasai atau mendengar kuetiau goreng yang dicampur dengan isi durian? Mungkin kedengaran pelik, tapi Durian House yang terletak di Saradise Kuching ini telah mencipta hidangan unik tersebut di kedai mereka bagi dikomersialkan.

Difahamkan, kuetiaw goreng itu dicampur bersama sedikit tempoyak menjadikan rasanya sedikit masam.

Menu di Durian House

Selain kuetiaw goreng tempoyak, mereka turut menyediakan pelbagai menu misalnya pencuci mulut dan pastri.

image is not available
Sumber: FB Allen Tan

Antaranya hidangan pemanis mulut yang dijual di sini adalah cendol Musang King, pulut durian, mochi durian dan sebagainya.

image is not available
Sumber: FB Allen Tan

Selain itu, mereka juga turut menghidangkan menu-menu pastri berasakan durian misalnya durian tart, durian swiss roll dan sebagainya.

image is not available
Sumber: FB Allen Tan

Pizza durian pun ada tau!

Lokasi dan waktu operasi

Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 9 malam.

Lokasinya pula terletak di Saradise.

Anda juga boleh cuba beberapa cafe di Saradise:

https://www.iloveborneo.my/ini-6-port-makan-menarik-yang-anda-boleh-cuba-di-saradise-kuching/

https://www.iloveborneo.my/kafe-3-dalam-1-lengkap-dengan-ruang-kerja-taka-patisserie-3-tingkat-ini-buka-di-saradise/