Durioo merupakan perkhidmatan penstriman video yang mengutamakan kandungan mesra kanak-kanak dengan integrasi nilai hidup Islam. Selepas ditawarkan sejak tahun 2022 yang lepas, kini Durioo meraikan pencapaian terbaru mereka, iaitu mencapai lebih 100 juta tontonan melaluinya.

Ini sekaligus memperlihatkan Durioo merupakan salah satu platform tempatan yang aktif digunakan dan ditonton. Selari dengan angka ini, pengasas Durioo, Sinan Ismail turut berkongsi mengatakan DuMinis, iaitu mesej positif pendek sebelum video dimainkan juga turut telah mencapai lebih 100 juta kali tontonan.
Pada tahun ini, Durioo telah memperkenalkan kemaskini besar untuk aplikasi mereka, mengintegrasikan sejumlah ciri baharu, dan antaramuka lebih mesra pengguna. Di Malaysia, Durioo ditawarkan pada harga langganan RM19.90 sebulan.




