Duta Arab Saudi rasmikan program agihan kurma sempena Ramadan

13 Apr 2023 • 11:47 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR: Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada Selasa merasmikan program agihan kurma sebanyak 25 tan, di bawah inisiatif Hadiah Penjaga Dua Masjid Suci bersempena Ramadan 1444H.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia TYT Messad Ibrahim al-Sulaim berkata agihan kurma berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), badan kebajikan dan pusat Islam dalam majlis berbuka di masjid dan surau terpilih di seluruh negara.

image is not available

Menurutnya, inisiatif Hadiah Penjaga Dua Masjid Suci yang dimulakan oleh Almarhum Raja Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud dan diteruskan oleh Almarhum Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud semakin rancak di bawah naungan Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman Al-Saud.

Para pemimpin ini selayaknya mendapat pujian, selepas pujian kepada Allah kerana mengadakan, menaja dan menaungi inisiatif ini.

“Ini menunjukkan kesungguhan para pemimpin Arab Saudi semenjak era pengasasnya Raja Abdul Aziz Al-Saud dalam berkhidmat untuk Islam dan umatnya di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam majlis berbuka puasa di pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi pada Selasa, yang turut dihadiri wakil jabatan kerajaan dan badan kebajikan Islam dari seluruh Malaysia.

image is not available
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff ditemubual media

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan atas inisatif itu dan kerjasama erat antara Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam mengagihkan Hadiah Penjaga Dua Masjid di Malaysia sejak sekian lama.