Duta Korea Selatan puji usaha Esscom

22 Dec 2024 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Duta Besar Korea Selatan Yeo Seung Bae gembira dengan usaha Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam memastikan keselamatan pelancong Korea yang melawat Esszone.

Beliau berkata maklumat tepat akan disampaikan kepada rakyatnya supaya lebih ramai pelancong dari negaranya datang melawat Malaysia dan Sabah.

AdvertisementYeo berkata lawatannya ke Esscom di sini adalah penting terutama dalam mengetahui tahap keselamatan di Esszone.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos melahirkan rasa terima kasih kepada Yeo dan delegasinya kerana melawat Esscom dan mendapatkan situasi semasa di Esszone.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Saya berharap lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pihak. Paling penting, kami berharap Republik Korea akan menarik balik nasihat perjalanan dan menggalakkan rakyatnya melawat pantai timur Sabah.

“Diharap selepas lawatan ini, jumlah ketibaan pelancong dari Korea Selatan akan menunjukkan peningkatan yang ketara,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Semasa kunjungan hormat itu, Yeo dan delegasinya diberi taklimat mengenai tahap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di pantai timur Sabah sejak Esszone dan Esscom ditubuhkan lebih 11 tahun lalu.