Duta Malaysia Ke Indonesia Diumum Tidak Lama Lagi - Zambry

Politics
7 Jan 2023 • 7:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan nama calon Duta Besar Malaysia ke Indonesia dalam masa terdekat.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata soal pelantikan calon Duta Besar itu sudah dimuktamadkan dan kini prosesnya dalam peringkat terakhir.

“Soal pelantikan atau menamakan calon Duta Besar Malaysia ke Indonesia sudah hampir ke peringkat penghujungnya dan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

“Satu majlis penyampaian untuk pelantikan bagi jawatan itu akan dilakukan di Malaysia,” katanya secara ringkas dalam sesi pembuka tirai sempena lawatan sulung Perdana Menteri ke Indonesia selama dua hari bermula esok.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada pelantikan itu melibatkan lantikan politik atau sebaliknya.

Sebelum ini, nama bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dicalonkan bagi mengisi jawatan tersebut namun digugurkan selepas itu. - Bernama