‘Dynamic Island’ Pada iPhone Generasi Seterusnya Dijangka Lebih Kecil

TechnologyDigital
23 Jan 2026 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berita mengenai peranti Apple sememangnya sering mencuri perhatian meskipun sekecil-kecil butiran. Terkini, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max dilaporkan akan hadir dengan paparan yang dinaiktaraf serta Dynamic Island yang lebih kecil. Reka bentuk baharu ini dijangka memberi pengalaman penggunaan yang lebih kemas sekali gus menjadikannya lebih menarik untuk dinantikan oleh peminat setia.

image is not available

Menurut Ice Universe, model iPhone 18 Pro dijangka hadir dengan potongan Dynamic Island yang jauh lebih kecil, iaitu sekitar 13.49mm lebar. Angka tersebut dikongsikan melalui ciapan berkenaan dan jika dibandingkan dengan generasi sebelum yang berukuran 20.76mm menunjukkan pengurangan hampir 35%. Perubahan ini sekali gus menjadikan rekaan baharu lebih kemas dan memberi lebih banyak ruang pada paparan skrin.

Selain itu, khabar angin menyatakan bahawa Apple mungkin akan memindahkan komponen Face ID ke belakang paparan. Bukan itu sahaja, iPhone 18 Pro juga dikatakan bakal menggunakan panel LTPO+ OLED di samping kamera swafoto yang dipertingkatkan.

— Ice Universe (@UniverseIce) January 23, 2026
View Original Article