Dynamic Island versi Realme akan muncul dalam telefon siri C tak lama lagi

Digital
23 Feb 2023 • 8:52 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam satu cicipan oleh CEO Realme, tapi telah dipadamkan, terkandung maklumat tentang telefon yang bakal memperagakan Dynamic Island versi Realme. Menurut cicipan tersebut, sebuah telefon siri C akan tampil dengan ciri Realme Mini Capsule, nama yang diberikan pengeluar telefon itu untuk skrin berlubang mereka.

Daripada sumber, Mini Capsule mengguna pakai skrin berlubang bulat biasa sahaja dan sudah pasti ia akan diadaptasi untuk semua telefon Realme dengan skrin berlubang kelak.

Persoalannya, telefon siri C manakah yang akan dilancarkan tak lama lagi? Khabar angin kuat mengatakan yang ia adalah Realme C55 dek maklumat tentang telefon tersebut sudahpun muncul dalam pengkalan data SIRIM di Malaysia.

image is not available

Sebab kenapa ramai yang mengatakan telefon inilah yang akan ada Mini Capsule adalah rupa telefon ini sehingga kini masih belum didedahkan oleh Realme, apatah lagi spesifikasinya. Setakat yang kita tahu, Realme C55 mendukung nombor model RMX3710 dan memiliki tangki bateri 4,880mAh.

[Sumber: GizmoChina]

Bacaan berkaitan