Dyson Find+Follow Purifier Cool Boleh Menjejak Pergerakan Pengguna

TechnologyHome & Living
15 May 2026 • 6:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson Find+Follow Purifier Cool Boleh Menjejak Pergerakan Pengguna

Dyson Find+Follow Purifier Cool telah dilancarkan secara rasmi dengan konsep yang menarik. Ia merupakan penapis udara pintar yang dilengkapi kamera untuk menjejak kedudukan pengguna dan berhenti apabila mereka keluar dari bilik.

Image from: Dyson Find+Follow Purifier Cool Boleh Menjejak Pergerakan Pengguna

Dengan teknologi Find+Follow air projection, penapis udara ini boleh menyesuaikan aliran udara semasa mengikut pergerakan pengguna di dalam ruang. Ia juga lebih cekap tenaga kerana hanya menghala udara ke arah pengguna dan bukan ke ruang kosong.

Selain itu, penapis udara ini turut menggunakan teknologi AI terbina dengan jaminan privasi melalui sistem pengesanan 17 titik pergerakan badan yang hanya mengenal gerakan pengguna bukanlah identiti. Semua imej diproses terus dalam mesin dan dipadam serta‑merta tanpa disimpan.

Image from: Dyson Find+Follow Purifier Cool Boleh Menjejak Pergerakan Pengguna

Selain daripada itu, penapis udara ini dilengkapi dengan penapis HEPA H13 + K‑Carbon yang mampu menyingkirkan bau, gas, nitrogen dioksida (NO₂), sebatian organik meruap (VOC) serta zarah halus. Penapis ini juga diuji dapat menyingkirkan 50% lebih banyak NO₂ dan 99.97% zarah sekecil 0.3 mikron.

Fungsi Multi‑User membolehkan penapis udara ini mengesan lebih daripada seorang dalam bilik dan membahagikan aliran udara secara seimbang. Night Mode pula menjadikannya berfungsi lebih senyap serta paparan malap untuk tidur yang tenang. Sementara itu, sistem Auto‑Sensing sentiasa memantau tahap pencemar udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

View Original Article