Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

LocalHome & Living
15 May 2026 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson telah melancarkan robot vakum baharu Spot+Scrub AI di Malaysia. Dyson Spot+Scrub AI direka untuk menghapuskan kotoran tersembunyi menggunakan teknologi AI canggih dengan cara yang lebih bersih.

Image from: Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

Antara ciri utamanya ialah sistem pembersihan AI yang dilengkapi kamera pintar untuk pengecaman kotoran dengan laluan berulang bagi memastikan hasil bersih menyeluruh. Lampu hijau khas mampu mengesan hampir 200 jenis kotoran dan sisa rumah manakala robot ini juga boleh melakukan sehingga 15 kali laluan pada kotoran degil sehingga bersih sepenuhnya.

Image from: Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

Selain itu, ia menggabungkan fungsi vakum dan mop dalam satu dengan penggelek silikon bercorak V yang direka khas untuk mengutip rambut panjang serta bulu haiwan pada permaidani dan lantai keras. Aliran air boleh turut dilaras mengikut kesesuaian permukaan sensitif menjadikannya lebih bebas untuk pelbagai jenis lantai.

Image from: Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

Sensor pintar yang digunakan pula mampu mengimbas persekitaran sebanyak tujuh kali sesaat dengan bantuan 24 sensor dan dwi-laser LiDAR. Melalui sistem ini, robot dapat memetakan rumah, menetapkan sempadan serta membersihkan bilik atau zon tertentu dengan lebih tepat dan efisien.

Image from: Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

Sensor yang digunakan mampu mengimbas persekitaran sebanyak tujuh kali sesaat dengan bantuan 24 sensor dan dwi-laser LiDAR. Melalui sistem ini, ia dapat memetakan rumah, menetapkan sempadan, serta membersihkan bilik atau zon tertentu dengan lebih tepat.

Sistem Auto Dosing bersama cecair pembersih lantai khas Dyson secara automatik mengisi 10ml ke setiap isian air baharu. Pada masa yang sama, fungsi ini bukan sahaja digunakan untuk membersihkan lantai, tetapi juga membantu menjaga bahagian dalaman robot agar sentiasa bersih.

Image from: Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

Dermaga pengecas pula bukan sekadar untuk mengecas robot tetapi turut mengeringkan roller basah selepas setiap penggunaan secara automatik. Motor digital dengan sedutan maksimum 18,000Pa menjadikannya sesuai digunakan pada lantai keras dan lembut.

Selain itu, dermaga tanpa beg dengan teknologi siklon berkuasa mampu menampung sehingga 100 hari, di mana ia mengosongkan sisa kering secara bersih menggunakan teknologi pusaran udara kuat tanpa memerlukan beg tambahan.

Image from: Dyson Spot+Scrub Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM 5999

Sistem pembersihan turut boleh disesuaikan melalui pilihan Auto Mode, Vakum+ Mop atau Vakum Mode sahaja. Pengguna juga boleh melaras kuasa sedutan, kekerapan pembersihan, aliran air serta menetapkan jadual harian atau mingguan dengan mudah melalui aplikasi MyDyson.

Bagi yang berminat, Dyson Spot+Scrub AI kini rasmi dijual di Malaysia dengan harga RM5,999. Namun begitu, terdapat harga promosi pelancaran iaitu RM4,799 untuk masa terhad.

View Original Article