Dyson V12s Detect Submarine Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4499

TechnologyDigital
22 Jun 2023 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dyson V12s Detect Submarine akhirnya ditawarkan di Malaysia sejak pelancaran rasmi pada bulan Mei lalu. Anda yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga bermula RM4,499 untuk vakum sahaja. Kemudian meningkat kepada RM4,899 sekiranya dibeli secara set lengkap.

image is not available

Ketersediaan bermula hari ini menerusi pengedar sah Dyson di seluruh Malaysia. Menariknya lagi apabila potongan harga sehingga RM900 diberikan apabila anda menukar ganti vacuum lama kepada produk baharu ini. Sekaligus menjadikannya boleh dimiliki pada RM3,999 sahaja untuk masa terhad.

image is not available

Dyson V12s Detect Submarine merupakan pembersih vakum tanpa wayar yang boleh berfungsi sebagai mop dengan kebolehan menyedut kotoran basah. Bermakna, ia boleh membersihkan tumpahan cecair, dalam masa sama turut sama membersihkan lantai dengan permukaan keras.

image is not available

Motor disertakan mampu menawarkan kuasa sedutan sehingga 125,000rpm untuk pembersihan yang mendalam. Dalam pada itu, sebanyak dua tangki turut disediakan dengan saiz 300ml bagi menyimpan cecair pembersih. Sementara itu tangki air pula 360ml lebih besar bagi memastikan tiada serpihan yang tertinggal.

Dalam pada itu, ia juga direka dengan baik untuk menyemur jumlah air bersih yang betul untuk proses pembersihan lebih berkesan. Turut melengkapinya adalah bateri yang boleh bertahan sehingga satu jam penggunaan dan skrin LCD kecil pula bagi tujuan melihat kuantiti dan saiz habuk disedut.

View Original Article