Dzeko kembali ke Serie A pada usia 39 tahun

Football
11 Jul 2025 • 12:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dzeko. Foto Agensi

Edin Dzeko kembali semula ke Serie A Itali setelah menyertai Fiorentina dalam usaha meneruskan kariernya sehingga ke usia 40 tahun selepas mencipta nama bersama Manchester City, AS Roma, Inter Milan dan Fenerbahce.

Penyerang berusia 39 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2026 dengan pilihan lanjutan secara automatik selama setahun lagi sekiranya syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Dzeko sebelum ini beraksi bersama kelab Turkiye, Fenerbahce dan mencatatkan 21 gol dalam 53 penampilan musim lalu sebelum meninggalkan kelab tersebut pada Mei lalu.

Sebagai rekod, Dzeko mula mencipta nama selepas menyertai Manchester City dari Wolfsburg pada 2011, menjaringkan 72 gol dalam 189 perlawanan sepanjang lima musim bersama The Citizens.

Sepanjang tempoh itu, beliau membantu City menjulang dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Piala Liga dan Perisai Komuniti.

Selepas meninggalkan England, Dzeko meneruskan kariernya di Itali bersama AS Roma dan kemudian Inter Milan sebelum menyertai Fenerbahce pada 2023 dan beraksi selama dua musim di sana.

Fiorentina menamatkan saingan Serie A musim lalu di tangga keenam dan akan beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Konferensi Europa musim depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved