Dzul Azrul tawar diri rebut jawatan Ketua Cabang PKR Temerloh

LocalPolitics
20 Mar 2025 • 4:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dzul Azrul tawar diri bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Temerloh.

TEMERLOH – Ketua Biro Keusahawanan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Azrul Azhar, 28, menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Temerloh dalam pemilihan parti yang bermula 11 April depan.

Menyertai PKR sejak 2014, anak jati Temerloh itu berkata, keputusan tersebut diambil bagi menyatukan semua ahli cabang berkenaan.

“Apa yang boleh saya janjikan, saya akan memastikan PKR kembali menjadi kekuatan utama di Temerloh. Kita tidak boleh lagi terperangkap dalam kancah perpecahan dalaman.

“Kekuatan sebenar terletak pada akar umbi, dan itu yang saya akan perjuangkan. Ramai ahli yang setia kepada perjuangan tetapi berasa seperti dipinggirkan. Saya mahu mengangkat kembali suara mereka dan menyatukan kelompok ini agar cabang Temerloh lebih kukuh,” katanya yang juga Naib Ketua AMK Temerloh.

Dalam pada itu, beliau turut bertekad mengubah persepsi bahawa anak muda hanya sekadar pengikut atau pelengkap majlis dalam parti.

"Saya ingin membuktikan bahawa kita bukan sekadar boleh berdiri di pentas ceramah, tetapi juga mampu merancang dasar, memimpin organisasi dan membawa hala tuju politik yang lebih segar,” jelasnya.

Menurutnya, setakat ini, cabang PKR Temerloh mempunyai lebih 5,000 ahli.

Selain beliau, dua lagi calon telah mengesahkan penyertaan dalam pemilihan, termasuk penyandang jawatan, R Maheswaran, yang akan mempertahankan kedudukannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved