E-Belia Rahmah Sebanyak RM200 Akan Dikreditkan Bermula 26 Jun Ini

21 Jun 2023 • 4:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kerajaan hari ini telah mula mengumumkan bermula 26 Jun 2023 sudah boleh menebus kredit RM200 dibawah inisiatif E-Belia Tunai Rahmah.

Inisiatif ini diberi kepada para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu, penebusan kredit RM200 ini boleh dibuat melalui tiga perkhidmatan e-dompet di Malaysia, iaitu Boost, Setel dan juga Touch n Go eWallet.

Malah, kerajaan juga memaklumkan pendaftaran dan tuntutan boleh dibuat bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

Tambahan, syarikat penyedia e-dompet turut menawarkan sejumlah insentif tambahan kepada pengguna melalui pelbagai bentuk iaitu baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh ini.

Kredit RM200 ini dapat digunakan di peruncit atau peniaga yang menerima bayaran secara kod QR DuitNow.

Sementara itu, E-Belia Tunai Rahmah ini hanya boleh dibelanjakan secara “offline” sahaja, dan perlu dibelanjakan sebelum 31 Ogos 2023. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.