e-Invois: Kutipan Cukai Boleh Cecah RM260 Bilion Menjelang 2025

LocalBusiness & Finance
22 Aug 2024 • 3:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelaksanaan e-Invois dijangka boleh meningkatkan kutipan hasil cukai sehingga boleh mencecah RM260 bilion atau lebih menjelang 2025.

Menurut laporan Berita Harian, firma penyelidikan pasaran, TA Securities berkata, e-Invois akan mempercepatkan lagi proses perakaunan cukai.

image is not available

Foto: infoworks.com.my

“e-Invois boleh mengurangkan kelewatan, isu kebolehkesanan dan ralat yang berkaitan dengan dokumentasi manual, sekali gus mengurangkan halangan birokrasi.

“Ia dijangka dapat mengurangkan penipuan tuntutan dan meningkatkan pematuhan dalam kalangan pembayar cukai,” katanya.

Firma itu juga memberitahu, pihaknya percaya e-Invois dapat membantu kerajaan mencapai sasaran kutipan cukai 2024 sebanyak RM243.6 bilion.

image is not available

Foto: ecentral.my

“Pada suku pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan jumlah hasil sebanyak hampir RM70 bilion yang mana RM36.9 bilion daripada cukai langsung, RM15.7 bilion daripada cukai tidak langsung dan baki terdiri daripada hasil bukan cukai,” ujarnya.

TA Securities juga berkata, kutipan cukai boleh mencecah RM260 bilion atau lebih pada 2025 dengan mengandaikan pertumbuhan sebanyak lapan peratus.

“Ini akan disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan langkah yang diambil untuk terus meningkat mobilisasi hasil dengan meluaskan asas cukai dan menambah baik pematuhan cukai dan ketelusan.

“Butiran lanjut mengenai unjuran akan digariskan dalam laporan Pratonton Belanjawan 2025 kelak,” tambahnya lagi.

image is not available

Foto: ecentral.my

Inisiatif e-Invois di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diperkenalkan kerajaan seiring dengan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan (NESR) 2.0 dan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).

Kerajaan juga telah bersetuju penguatkuasaan e-Invois secara mandatori dikenakan kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Sumber: Berita Harian (Mahanum Abdul Aziz)