e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

LocalCars
27 Apr 2026 • 10:37 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

Bila balik kampung, nak singgah isi minyak memang jadi satu cabaran yang menguji kesabaran.

Bila semua nak balik kampung beraya, stesen minyak akan jadi terlalu sesak dan nak sampai giliran kita memerlukan tahap kesabaran tinggi.

Kali ini SK nak kongsi dengan korang, balik kampung untuk beraya selama 5 hari tanpa singgah stesen minyak. Macam mana pulak tu?

Sebenarnya Proton bagi SK cuba Proton e.MAS 7 PHEV varian Prime. Ketika SK ambil kereta di HQ Proton, jarak pemanduan cecah hampir 1,000km.

Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

Balik Cuti Raya

SK terus dapat idea untuk buat cabaran pandu e.MAS 7 PHEV balik kampung untuk sambut raya Aidilfitri tanpa singgah stesen minyak untuk isi minyak atau cas bateri.

SK mulakan perjalanan dari HQ Proton ke Cyberjaya (Rumah SK) lebih kurang 24km.

Lepas siap kemas barang terus bertolak ke kampung di Jelebu, Negeri Sembilan lebih kurang 95km.

Sampai sahaja di kampung, range dah tinggal 865km dan range bateri dah habis. Tinggal range petrol sahaja.

Tapi bateri akan dicas melalui regenarative braking ketika memandu tapi tidaklah dapat dicas untuk dapat range yang signifikan.

Sepanjang bercuti beraya, SK menggunakan e.MAS 7 PHEV untuk pergi ke pekan beli barang, pergi ke masjid solat raya, balik rumah mertua dan balik rumah nenek.

Dari segi pemanduan, SK sangat selesa memandu e.MAS 7 PHEV dan ia lebih kurang sama ketika SK memandu e.MAS 7 versi EV.

Untuk ruang kabin, e.MAS 7 PHEV memang cukup untuk keluarga kecil dan sederhana. But maksimum 2,065L pun cukup besar untuk isi barang keperluan balik kampung.

Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak
Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

e.MAS 7 PHEV lengkap dengan ciri teknologi terkini seperti sambungan tanpa wayar Apple Carplay dan Android Auto, pengecasn tanpa wayar dan 15.4 inci infotainment display.

e.MAS 7 PHEV tak bertolak ansur dengan keselematan kerana kereta ini lengkap dengan ADAS tahap 2 untuk semua varian.

Dari HQ Proton dengan driving range combined lebih kurang 990km dan selepas 5 hari bercuti raya, range masih berbaki 445km.

Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

SK berjaya cuti raya tanpa singgah isi minyak ataupun cas bateri secara plug-in.

Kalau korang mencari kereta yang boleh memandu jarak jauh dengan harga yang berpatutan, memang e.MAS PHEV adalah jawapannya.

Ada 3 varian iaitu Prime, Premium dan Premium Plus. Untuk Premium dan Premium Plus jarak pemanduan gabungan adalah sejauh 1,065km.

Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak
Image from: e.MAS 7 PHEV: Balik Kampung Tak Singgah Stesen Minyak

Harga bermula dengan RM105,800 untuk Prime, RM119,800 untuk Premium dan RM125,800 untuk Premium Plus.

Menjadikan e.MAS 7 PHEV kereta PHEV paling murah dalam pasaran Malaysia.