E-Mutiara mohon henti tular video pemandu bas putus tangan

16 Apr 2023 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pemandu bas putus tangan kanan, manakala dua penumpang mengalami kecederaan apabila kenderaaan tersebut merempuh belakang sebuah lori di kilometer 37 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, Pasir Puteh pada Sabtu.

E-Mutiara dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, langkah tersebut bertujuan menjaga sensitiviti dan perasaan mangsa Mohd Amiruddin Azhar serta keluarga yang sedang berada dalam kesedihan ketika ini.

"Pihak syarikat memohon kerjasama semua pengguna media sosial yang memiliki rakaman video tersebut secara langsung atau secara tidak langsung agar memadamkan video tersebut dan semua pautan perkongsiannya.

"Semoga kecaknaan kita ini akan membantu mengurangkan rasa kesedihan mangsa dan keluarga, lebih-lebih lagi ketika kita bakal meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," ujarnya.

Kenyataan itu memberitahu, pemandu bas MRD itu kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kubang Kerian.

"Pihak syarikat berasa dukacita dengan insiden tersebut dan menitipkan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved