e-PPA: Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2026

LocalPolitics
5 Dec 2025 • 11:26 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2026 kini dibuka menerusi Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam (e-PPA) di portal https://peperiksaan.jpa.gov.my/.

Berikut dikongsikan maklumat mengenai peperiksaan ini dan cara memohon.

image is not available

Apakah e-PPA?

e-PPA ialah Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi permohonan peperiksaan perkhidmatan awam secara dalam talian.

Sistem ini digunakan untuk menguruskan pelbagai peperiksaan, termasuk naik pangkat, kenaikan gaji dan faedah untuk penjawat awam.

Portal ini juga merupakan platform dalam talian untuk memohon pelbagai peperiksaan, termasuk Peperiksaan Perkhidmatan Gred 11 hingga 18 dan peperiksaan untuk kenaikan pangkat seperti Pegawai Tadbir Gred N5 dan N9. 

Peperiksaan Tahun 2026

Untuk tahun 2026, permohonan peperiksaan dibuka adalah seperti berikut:

i- Pengesahan Dalam Perkhidmatan

  • Peperiksaan Perkhidmatan Dari Gred 11 hingga Gred 18 bagi Siri 1 Tahun 2026
  • Peperiksaan Perkhidmatan Dari Gred 1 hingga Gred 4 dan setaraf bagi Siri 1 Tahun 2026
  • Peperiksaan Perkhidmatan Gred 5 dan Ke Atas dan setaraf bagi Siri 1 Tahun 2026
  • Ujian Pengambilan Nota/ Nota Rintas 30 p.s.m. (Bahasa Melayu) bagi Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1 bagi Siri 1 Tahun 2026
  • Ujian Pengambilan Nota/ Nota Rintas 50 p.s.m. (Bahasa Melayu) bagi Setiausaha Pejabat Gred N5 bagi Siri 1 Tahun 2026

ii- Peningkatan Secara Lantikan

  • Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 bagi Tahun 2026
  • Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N9 bagi Tahun 2026

iii- Faedah Kewangan

  • Ujian Pengambilan Nota/ Nota Rintas Bagi Setiausaha Pejabat Dan Pembantu Setiausaha Pejabat Untuk Elaun Dwi Bahasa bagi Tahun 2026
  • Peperiksaan Bagi Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) bagi Tahun 2026

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi peperiksaan ini untuk tahun 2026 adalah pada 4 Januari 2026.

Manual Permohonan e-PPA

Semua permohonan mestilah dibuat menerusi Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam iaitu https://peperiksaan.jpa.gov.my/.

Manual penggunaan portal ini boleh dirujuk melalui file di bawah:

Manual_pengguna_Calon Peperiksaan_v3Download

Semakan Keputusan

Semakan keputusan peperiksaan boleh dirujuk melalui portal tersebut dan manual penggunaannya boleh dirujuk melalui file di bawah:

Manual_Pengguna_Carian_Keputusan_Peperiksaan_v1Download

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai e-PPA, sila ke alamat atau menghubungi :

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Sektor Penilaian Kompetensi
Aras 4, Blok C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 WP. Putrajaya

No. Tel. : 03-8000 8000
E-mel : peperiksaan@jpa.gov.my

Baca juga: Kalkulator Pencen JPA – Kira Pencen Bulanan, Ganjaran Perkhidmatan

View Original Article