
Kota Kinabalu: Program e-SMART menyasarkan penglibatan sekurang-kurangnya 350 nelayan seluruh Sabah, khasnya sebagai langkah pertama aplikasi itu, dan memberi latihan serta manfaat teknologi kepada pertambahan hasil yang dijana golongan tersebut.
Pengurus Besar Ko-Nelayan, Yusof Awang Besar berkata sepanjang perlaksanaan e-SMART dari 2021 hingga 2023, seramai 120 nelayan sudah diberi pendedahan dan latihan berkenaan aplikasi e-SMART.
“Kita bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk menjayakan aplikasi e-SMART yang mana kerjasama ini adalah bertujuan untuk membawa pembaharuan kepada komuniti nelayan dan industri perikanan di Sabah.
