
PEMBANTU Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah, Datuk Fairuz Renddan (gambar) berkata kerajaan negeri belum merancang untuk membina pusat khas e-sukan di Sabah.
Bagaimanapun, katanya, KBS Sabah tetap mengiktiraf e-sukan sebagai sukan yang perlu diperkuatkan.
Advertisement“Setakat ini, tiada perancangan untuk membina hab e-sukan walaupun ada cadangan. Ia masih dalam pertimbangan.
“Namun, kementerian telah lama mengikuti perkembangan e-sukan dan menganggapnya sebagai cabang sukan yang penting,” katanya kepada Sukan Ekspres
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Menurutnya, peruntukan telah disediakan untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan dan membeli aset e-sukan seperti PlayStation, simulator perlumbaan, serta peralatan ‘live streaming’.
Tambahnya, dasar utama negeri mempromosikan e-sukan adalah melalui penglibatannya dalam Sukan Sabah (Saga), yang mula dipertandingkan sejak 2019.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pada Sukma ke-21 di Sarawak, Ogos lalu, Sabah juga buat pertama kali menghantar kontinjen e-sukan, melibatkan 14 atlet dan sembilan pegawai, bertanding dalam MLBB, Race Room, eFootball, dan Tekken 8.
“Kita juga bekerjasama erat dengan penganjur acara dan persatuan e-sukan negeri untuk mengangkat sukan ini,” ujarnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kekangan pengangkutan yang dihadapi pemain profesional negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Fairuz menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk membantu.
“Isu kos pengangkutan adalah cabaran bagi setiap sukan kerana kebanyakan pertandingan diadakan di Semenanjung.
“Namun, memandangkan pemain e-sukan Sabah mencapai prestasi cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, kita telah menyokong perjalanan mereka semampu mungkin,” katanya.
Begitu pun, pendekatan Sabah agak ketinggalan berbanding negeri jiran Sarawak, yang baru-baru ini melancarkan Hab Latihan dan Akademi Pensijilan e-Sukan pertamanya pada Oktober lalu.
Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs) turut menjadi institusi pertama di Malaysia yang menawarkan kursus dan latihan dalam e-sukan melalui penubuhan kampus satelit di Juma’ani Pavilion, Kuching.
Tidak hanya untuk pemain profesional, hab ini turut berperanan penting sebagai pusat pembangunan bakat tempatan, menyediakan peluang baharu dan membina kerjaya bagi individu di belakang tabir, termasuk aspek teknikal, pemasaran, dan pengurusan e-Sukan.
Inisiatif ini adalah hasil kolaborasi antara program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) HRD Corp dengan CENTEXS Commercial, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata e-sukan kini berkembang pesat di seluruh dunia dan mampu memberikan pulangan besar.
“Saya berharap industri ini bukan sekadar menyertai pertandingan tetapi juga membangunkan ruang dan infrastruktur untuk melatih dan membimbing generasi muda berpotensi.
“Ia termasuk sebagai pencipta kandungan digital, arkitek perisian, jurutera teknikal, dan perancang strategi yang berkaitan dengan e-sukan sehingga mampu bersaing di peringkat global,” katanya.
Sementara itu, di bawah Belanjawan Nasional 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk memperkasa e-sukan di Malaysia, meliputi pembangunan bakat dan naik taraf arena e-sukan.

