E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid

3 Jun 2024 • 12:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Industri sukan elektronik (e-sukan) negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.

Ahmad Zahid, yang menghadiri Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 13 di Serdang dekat sini pada Ahad berkata, beliau akan mendapatkan pengiktirafan kepada industri e-sukan di peringkat Kabinet.

"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) saya akan membawa pengiktirafan sukan ini di peringkat Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur MPL Malaysia, MOONTON Games.

Pada perlawanan akhir, Selangor Red Giants mengatasi juara bertahan Homebois, 4-2 dan mengesahkan penampilan sulung mereka di Piala Pertengahan Musim MLBB (MSC) 2024.

Keputusan itu menyaksikan Homebois bersaing dengan tujuh pasukan di peringkat wild card MSC 2024 bagi memburu satu slot di pertandingan utama.

Justeru, Ahmad Zahid menghantar mesej semangat kepada Selangor Red Giants dan Homebois sebelum mereka mewakili negara dalam MSC 2024.

"Ukirkan nama Malaysia yang cemerlang di persada antarabangsa,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!