e-wallet MyOnePAS risikokan pengguna kepada serangan siber, ini sebabnya

Digital
25 Oct 2023 • 7:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) katanya adalah parti politik pertama yang ada aplikasi e-wallet menerusi pelancaran MyOnePAS. Tidaklah mengejutkan kerana tiada parti yang berlumba-lumba untuk wujudkan e-wallet. Bunyi macam canggih, namun buat masa ini saya sarankan untuk jauhkanlah telefon anda daripada memasangnya buat beberapa ketika dan ini sebabnya.

image is not available

Amalan sideload APK dedah telefon kepada serangan siber

Seperti yang dilapor tempoh hari, MyOnePAS dilancarkan pada 22 Oktober 2023 sewaktu Muktamar PAS 2023.

Walau bagaimanapun, menurut, menurut laman rasmi MyOnePAS, aplikasi hanya tersedia dalam bentuk pemasangan APK dan bukannya melalui mana-mana gedung dalam talian sama ada Google Play Store ataupun App Store.

image is not available

Makanya, pengguna yang ingin menggunakan MyOnePAS perlu memuat turun fail APK di Android dan memasangnya secara manual.

Seperti biasa, sewaktu proses pemasangan, telefon akan memberikan amaran bahawa anda sedang memasang aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui dan anda perlu berikan kebenaran secara jelas kepada telefon untuk melangkau sistem keselamatan tersebut.

image is not available

Bank Negara sendiri tidak menyarankan sepenuhnya amalan pemasangan APK. Walaupun APK tersebut dihoskan di laman rasmi, ia membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab membangunkan APK yang mengandungi virus dan disebarluaskan melalui platform-platform permesejan, menyamar sebagai APK sebenar.

image is not available

Hanya seorang yang menekan APK ini sudah cukup untuk meletakkan individu tersebut dalam bahaya kehilangan harta benda.

Lebih afdal tunggu MyOnePAS masuki gedung dalam talian

Berdasarkaan laman rasmi MyOnePAS lagi, mereka dalam proses memasukkan aplikasi e-wallet ke dalam Google Play Store dan juga Apple AppStore dan memberi garis masa selewat-lewatnya penghujung November 2023 ini.

image is not available

Tempoh tersebut tidaklah terlalu lama daripada sekarang dan sekiranya melibatkan aplikasi kewangan dan e-KYC yang gunakan kad pengenalan anda, lebih baik bersifat paranoid daripada sambil lewa. Saya sendiri tidak lakukan e-KYC untuk mengakses segala fungsi MyOnePAS atas sebab ini dan pasang aplikasi di telefon bukan utama saya untuk melihat-lihat.

image is not available