Jika anda kerap menaiki penerbangan jarak jauh, fon kepala dengan pembatalan hingar adalah wajib digunakan bagi memudahkan proses tidur. Di pasaran Malaysia kini terdapat banyak fon kepala dengan pembatalan hingar seperti Sony MDR-1000XM3 dan Jabra Elite 85h yang baru dilancarkan di Malaysia semalam. Bagi peminat Bose, Noise Cancelling Headphones 700 telah diumumkan pagi tadi.

Sistem Bose AR baharu disertakan bagi memberikan kemampuan audio terimbuh pertama di dunia. Butang khas untuk menyeru pembantu maya Google Assistant dan Alexa disertakan. Kawalan audio menerusi pad sesentuh turut boleh dilakukan.
Dengan sekali caj, fon kepala ini boleh berfungsi sehingga 25 jam dengan tempoh pengecasan penuh pula ialah 2.5 jam. Ia dicas semula menggunakan port USB-C. Bose Noise Cancelling Headphones 700 dijual pada harga $400 (~RM 1700) sepasang.
