Dr Mahathir hadiri Majlis Temurapat Pimpinan PKR

PoliticsBusiness & Finance
19 Jul 2019 • 9:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PORT DICKSON - Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini menghadiri program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2018/2021 di sebuah hotel di sini.

Ketibaan Perdana Menteri pada jam 8.45 malam disambut Timbalan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan pimpinan PKR pusat dan negeri.

Sejurus tiba, Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan harapan (PH) diraikan dengan nyanyian ‘Selamat Hari Jadi’ serta memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-94 pada 10 Julai lalu.

Perdana Menteri dan semua pimpinan PKR kemudian terus ke dewan di hotel berkenaan bagi meneruskan program sesi bersama Dr Mahathir selama dua jam yang dijangka berakhir pada jam 10 malam ini.

Majlis Temurapat Pimpinan Pusat PKR berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved