Hari ini bermulanya acara tahunan AWS Re:Invent yang akan menyaksikan pelbagai kemaskini perkhidmatan terbaru dari gergasi penyedia infrastruktur internet ini. Menjadi tradisi tahunan untuk berkongsi perkara menarik pada malam sebelum acara dan tahun ini terdapat satu peranti dari AWS bagi menyemarakkan kajian dalam kecerdasan buatan.

AWS DeepComposer merupakan papan nada yang direka untuk pembangun bagi memanfaatkan kecerdasan buatan yang dinamakan Generative Adversarial Networks (GAN). Pembangun boleh merekod melodi lagu yang diinginkan menggunakan peranti ini, atau menerusi AWS Console. Melodi lagu yang direkodkan kemudian boleh digubah menerusi genre muzik yang dipilih pembangun. Pembangun juga boleh memilih alatan muzik untuk menghasilkan genre mereka yang tersendiri.
Seperti contoh diatas, pembangun AWS ini telah memilih lagu Beethoven, iaitu ‘Ode to Joy’ dan kemudian memilih genre ‘rock’. Dari pilihan tersebut, pembangun ini telah memilih alatan muzik yang berbeza dan dibawah merupakan hasil yang dijana AWS DeepComposer.
Buat masa ini ia hanya tersedia menerusi AWS Console dan tiada maklumat diketahui bilakah papan nada ini akan dilancarkan.
Daftar: AWS DeepComposer
