EA Bakal Jadi Syarikat Persendirian Menerusi Pelaburan $50 Bilion Arab Saudi

Gaming
29 Sep 2025 • 10:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Electronic Arts (EA) bakal menjadi syarikat persendirian kerana sedang dalam rundingan untuk dijual pada harga $50 bilion. Tiga entiti yang ingin mengambil alih EA ialah Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners milik Jared Kushner (menantu Donald Trump) dan Silver Lake sebuah firma ekuiti swasta.

image is not available

PIF sudahpun memegang hampir 10% saham EA dan sekiranya pengambilalihan berjaya, Arab Saudi menjadi negara dengan pelaburan besar dalam dunia permainan video kerana mempunyai kepentingan dalam Activision Blizzard, Take-Two Interactive, Niantic dan Embrace Group.

Negara anbiya ini juga menjadi tuan rumah Olimpik Esukan pertama ingin menjadikan Qiddiya bandaraya permainan video dunia menerusi pembinaan stadium esukan terbesar pernah dibina lengkap dengan kerusi 4D haptik serta skrin gergasi. EA dijangka akan mengumumkan pengambilalihan syarikat mereka minggu ini dengan perincian saat akhir masih sedang dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved