
Pembelian Electronic Arts (EA) oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners dan Silver Lake sebuah firma ekuiti swasta dengan nilai jualan mencecah $55 bilion telah dimuktamadkan awal pagi tadi. Kesemua saham EA berpindah tangan ke ketiga-tiga entiti ini denganpemegang saham EA akan menerima $210 tunai bagi setiap saham yang mereka milik. Saham EA telah berhenti diniagakan dan akan dinyahsenarai daripada NASDAQ.

Siri popular EA FC, Madden NFL, NHL, Battelfield, Medal of Honor, Need for Speed, Mass Effect, Dragon Age, The Sims, Plant vs Zombies, Titanfall, Star Wars Jedi dan Command and Conquer adalah antara IP yang dipegang oleh Electronic Arts.
Sebelum pengambilalihan, PIF sudah memegang hampir 9.9% saham EA dan kini menjadikan Arab Saudi negara dengan pelaburan besar dalam dunia permainan video kerana mempunyai kepentingan dalam Activision Blizzard, Take-Two Interactive, Niantic dan Embracer Group.
Negara anbiya ini juga menjadi tuan rumah Olimpik Esukan pertama ingin menjadikan Qiddiya bandaraya permainan video dunia menerusi pembinaan stadium esukan terbesar pernah dibina lengkap dengan kerusi 4D haptik serta skrin gergasi.
