EasyStore Bekerjasama Dengan Alliance Bank, Ninja Van Dan SUNMI Dalam Memperkasa PKS

TechnologyDigital
28 Mar 2025 • 4:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

EasyStore kini mengumumkan kerjasama strategik dengan tiga pihak, iaitu Alliance Bank, Ninja Van dan juga SUNMI dalam usaha untuk terus memperkasa syarikat kecil dan sederhana di Malaysia.

Untuk makluman, EasyStore merupakan salah satu penyelesaian dagangan, meliputi sistem POS, dan juga web edagang. Ia turut dihubungkan dengan pelbagai sistem edagang lain, sekaligus memudahkan para penjual menguruskan stok dan pelanggan dengan baik.

image is not available

Melalui kerjasama dengan Alliance Bank, kedua-dua pihak akan menyediakan penyelesaian kewangan yang lancar dalam memperkembangan perniagaan untuk PKS. Sementara kerjasama dengan Ninja Van membantu PKS dari segi sokongan logistik bersepady, dan kerjasama dengan SUNMI pula memudahkan pemprosesan pembayaran dalam kedai secara lebih selamat dan pantas.

Langkah ini juga membolehkan sesuatu syarikat terus memfokuskan dalam pembangunan produk dan perkhidmatan masing-masing, sementara operasi perniagaan lain dipermudahkan melalui penggunaan sistem EasyStore.

Tidak setakat itu, EasyStore turut mengumumkan penawaran EasyStore Brand App, membolehkan mereka yang melanggan perkhidmatan EasyStore untuk turut menawarkan aplikasi khusus bagi para pelanggan mereka. Langkah ini mengukuhkan lagi penjenamaan sesuatu kedai secara atas talian.

EasyStore ditawarkan pada harga bermula RM199 sebulan untuk perniagaan tempatan, dan turut menawarkan penyesuaian dan ciri tambahan kepada peniaga berasaskan keperluan.