eBelia Rahmah : Kredit RM200 Yang Diberikan Adalah Hanya Untuk Pembelian Secara Fizikal, Luar-Talian

TechnologyDigital
22 Jun 2023 • 7:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan telah pun mengumumkan akan mula menawarkan kredit RM200 dibawah inisiatif eBelia Rahmah kepada semua yang layak bermula minggu hadapan. Selari dengannya juga, kerajaan turut menerangkan lanjut, dan menekankan yang mana kredit RM200 yang diberikan dibawah inisiatif ini adalah untuk kegunaan secara fizikal.

Langkah ini dilihat mengalakkan penggunaan pembayaran secara DuitNow QR di kedai-kedai fizikal, sekaligus menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang terutamanya PMKS.

image is not available

Tiga edompet dipilih untuk inisiatif ini, iaitu Boost, Setel dan juga TNG eWallet. Ketiga-tiganya menyokong pembayaran secara nirtunai melalui DuitNow QR di lebih 1.7 juta peruncit atau peniaga di Malaysia.

Pada masa yang sama, kredit RM200 dihadkan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan berikut:

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi atas-talian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved