
SUDAH banyak mengangkat kisah kaum dan budaya Sabah dalam karya, pengarah dan pelakon Ebi Kornelis mahu mengambil pendekatan lebih realistik menerusi projek filem sulungnya, Bila Langit Terbuka.
Mengetengahkan nasib dan perjuangan pelarian perang Filipina yang tinggal di negeri ini, pemilik nama lengkap Ebi Kornelis Firdaus Yamal ini sedar yang ianya mungkin akan mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
Namun, kata Ebi, dirinya rela dihambat dengan kecaman dan kontroversi demi menghasilkan filem sulungnya itu.
“Bagi yang sudah lama mengikuti saya, mereka pasti tahu saya tidak pernah lepas daripada mengangkat nilai kebudayaan Sabah dalam karya-karya saya.

