Ebit Lew Didakwa Bercadang Tukar Pasangan, Minta Suami Mangsa Lakukan Hubungan Intim Dengan Isterinya Sendiri?

15 Feb 2024 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew didakwa mengajak mangsa kes gangguan seksual bertukar pasangan untuk melakukan hubungan intim. Biar betul?

Menurut laporan Free Malaysia Today, seorang saksi kesembilan mendedahkan perkara itu dengan menunjukkan satu tangkap layar teks WhatsApp yang dia terima di mahkamah.

Wanita itu juga berkata yang Ebit Lew bercadang untuk mereka bertukar pasangan dengan meminta suami pengadu melakukan hubungan intim bersama isterinya. Allahu.. 

Bukan tu jer, Ebit Lew juga melontarkan kata-kata lucah dengan mengajaknya melakukan perkara yang tidak senonoh, mahu berpeluk, cium dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pendakwah itu dinasihatkan supaya melakukan taubat nasuha oleh pengadu.

Untuk info, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved