‘Eboh Jadi Geng Plastik Itam’, Gelagat Barkoba ‘Klaka’ Sarawak Cuit Hati Netizen

23 Mar 2023 • 12:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sempoi Beri Nasihat Guna Bahasa Sarawak

‘Eboh Jadi Geng Plastik Itam’, Gelagat Barkoba ‘Klaka’ Sarawak Cuit Hati Netizen. Baru-baru ini tular beberapa keping gambar pelakon dan pelawak terkenal, Bell Ngasri berkunjung ke Sarawak.

Terkenal dengan gelaran ‘Barkoba’, watak tersebut akan muncul setiap kali menjelangnya bulan ramadan dalam iklan-iklan puasa di YouTube. Watak tersebut dikenali sebagai ‘ikon’ yang malas berpuasa.

image is not available
‘Eboh Jadi Geng Plastik Itam’, Gelagat Barkoba ‘Klaka’ Sarawak Cuit Hati Netizen. Kredit: Facebook

Jadi, netizen mula berjenaka mengenai kunjungannya itu ke Sarawak kerana beliau mahu mempelajari bahasa Iban sebagai salah satu taktik untuk ponteng puasa.

Tetapi itu semua hanyalah gurauan semata-mata daripada netizen.

Tak sah kalau tak kelakar!

Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu video nasihat kepada seluruh umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa.

image is not available

Menariknya perkongsian video itu, beliau dikatakan memberi pesanan dalam bahasa Melayu Sarawak.

‘Tok bulan posa, pada orang Sarawak eboh jadi geng plastik itam. Yakyak yeay’

Barkoba

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respons kelakar.

image is not available

image is not available

image is not available

Baca lagi artikel menarik:


View Original Article