Ebrahim Raisi Maut, Pilihan Raya Presiden Iran Dijadualkan Pada 28 Jun

21 May 2024 • 2:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Setelah meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh pilihan raya untuk menentukan presiden baru Iran.

Memetik laporan Islamic Republic News Agency (IRNA) ketua-ketua cabang kuasa juga telah mengumumkan pendaftaran calon akan dilakukan pada 30 Mei hingga 3 Jun dan tempoh kempen pilihan raya pula akan berlangsung dari 12 hingga 27 Jun.

Pilihan Raya Iran dijadualkan pada 28 Jun

image is not available

Sementara itu, Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan urusan eksekutif negara selama tempoh 50 hari dan membuat persediaan untuk pilihan raya presiden.

Pilihan raya ini dilaksanakan susulan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi ketika dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad.

Helikopter yang dinaiki oleh Ebrahim bersama Menteri Luar, Hossien Amirabdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah terhempas di Varqazan, Barat laut.

Sekadar info, perarakan jenazah Ebrahim akan diadakan di bandar laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.

image is not available

Dalam pada itu, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei akan menunaikan solat jenazah untuk presiden itu pada Rabu.

Jenazah Ebrahim akan dikebumikan di kampung halamannya yang terletak di Mashhad sehari selepas disembahyangkan.

Satu majlis sedang dijalankan di pusat bandar Tehran di mana orang ramai sedang bersedih dan berkabung atas kematian Raisi.