EcoFlow Glacier Dan Wave 2 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM4,399

TechnologyDigital
18 Jul 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ecoflow kini hadir dengan dua penawaran produk baharu buat pengguna di Malaysia. Ianya terdiri dengan EcoFlow Glacier yang merupakan peti sejuk beku mudah alih dengan pembuat ais terbina. Seterusnya EcoFlow Wave 2 pula sebuah penghawa dingin mudah alih yang juga berfungsi sebagai pemanas.

image is not available

EcoFlow Glacier merupakan peti sejuk mudah laih yang juga mempunyai pembuat ais terbina bertujuan memastikan makanan dan minuman sentiasa segar. Ia menawarkan reka bentuk seumpana beg pakaian dengan pemegang dan roda menjadikannya amat mudah digunakan untuk pelbagai aktiviti. Khususnya apabila digunakan sewaktu aktiviti masa senggang yang melibatkan aktiviti luar seperti camping atau glamping.

image is not available

Terdapat juga ruangan simpanan air di sebelah kanan yang menjadi nilai tambah pada produk ini. Dalam pada itu roda yang disertakan juga dikatakan mampu bertahan lama dan boleh ditanggalkan. Seterusnya paparan LCD terbina juga amat berguna bagi tujuan menunjukkan suhu dalaman, hayat bateri, paras air untuk ais dan lain-lain yang berkaitan.

image is not available

EcoFlow Glacier dikatakan mempunyai pemampat (compressor) yang dapat menghasilkan suhu sejuk diantara 30 ° C hingga 0 ° C dalam masa 15 minit. Sementara itu pembuat ais terbina di dalamnya pula boleh menghasilkan sehingga 18 kiunb ais dalam hanya 12 minit.

image is not available

Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 298Wj boleh ditanggalkan yang turut dikatakan menawarkan masa penggunaan mencecah 40 jam dengan sekali cas. Sebagai tambahan pengguna juga boleh memilih mod yang berbeza untuk memenuhi keperluan atau ketahanan lebih panjang, termasuk Mod Max dan Eco Mode. Ia juga boleh berfungsi sebagai pengecas mudah untuk barangan elektronik kecil seperti komputer riba atau telefon pintar.

image is not available

Bercakap mengenai EcoFlow Wave 2 pula ia merupakan penghawa dingin yang menawarkan fungsi pemanasan dan penyejukan dalam satu. Tubuhnya kini lebih kecil berbanding generasi sebelum ini, sekaligus menjadikannya lebih mudah untuk dikendali.

image is not available

EcoFlow Wave 2 mempunyai kuasa penyejukan setinggi 5100 BTU dan pemanasan pula sehingga 6100 BTU. Pengguna juga boleh memilih mod yang berbeza untuk memenuhi keperluan atau ketahanan lebih panjang, termasuk Mod Max dan Eco Mode. Dalam pada itu terdapat juga kebolehan Sleep Mode yang mampu mengurangkan bunyi bising peranti sehingga 45db, sekaligus membolehkan pengguna tidue dengan aman.

image is not available

Selain itu terdapat juga bateri tambahan 1159Wh yang boleh ditanggalkan disertakan dengan kemampuan bertahan sehingga 8 jam. Ia boleh dicas menggunakan stesen janakuasa dan pengecasan solar yang membolehkan ketahanan lebih panjang sehingga 18 jam penggunaan.

image is not available

image is not available

Harga dan ketersediaan untuk kedua-dua produk adalah seperti senarai di bawah:

  • EcoFlow GLACIER – RM4,399 tetapi boleh dibeli pada RM4,149 untuk masa terhad sehingga 23 Julai 2023
  • EcoFlow GLACIER + Bateri – RM4,999 tetapi boleh dibeli pada RM4,749 untuk masa terhad sehingga 23 Julai 2023
  • EcoFlow GLACIER + DELTA 2 + Bateri – RM9,998 tetapi boleh dibeli pada RM9,499 untuk masa terhad sehingga 23 Julai 2023
  • EcoFlow WAVE 2 – RM4,999, tetapi boleh dibeli pada RM4,749 untuk masa terhad sehingga 23 Julai 2023
  • EcoFlow WAVE 2 + Bateri – RM8,399 tetapi boleh dibeli pada RM8,149 untuk masa terhad sehingga 23 Julai 2023
  • EcoFlow WAVE 2 + DELTA 2 – RM9,998 tetapi boleh dibeli pada RM9,499 untuk masa terhad sehingga 23 Julai 2023