ECoS tauliahkan 15 institusi latihan TVET di Sabah

LocalBusiness & Finance
22 May 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sebanyak 15 institusi latihan di Sabah ditauliahkan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) bagi mengendalikan Program Kompetensi Elektrik dalam pelbagai kategori.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata penyerahan perakuan pentauliahan tersebut diadakan pada Isnin lalu dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri pada acara pelancaran Majlis TVET Sabah di Magellan Sutera Harbour, di sini.

“Pentauliahan ini membuktikan komitmen ECoS bersama institusi-institusi latihan dalam menyokong hasrat kerajaan untuk mengangkat TVET sebagai pilihan utama bagi anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ini juga bagi memastikan graduan TVET Sabah dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

“Pentauliahan ini dijangka akan meningkatkan keyakinan industri terhadap kualiti graduan TVET Sabah, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhan,” katanya, menambah Pelancaran Majlis TVET Sabah adalah satu lagi langkah penting dalam memastikan ekosistem TVET yang holistik dan responsif kepada keperluan industri.

Menurut Nasser, ECoS dan Institut Latihan Teknikal dan Perdagangan (ILTP) yang merupakan institusi latihan di bawah Kerajaan Negeri juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Institusi TVET Angkat yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi dalam sektor tenaga yang merangkumi bidang elektrik, gas dan tenaga boleh baharu.

“Antara bidang kerjasama yang dipersetujui adalah pewujudan Program Kompetensi Jurugegas Gas di ILTP untuk rakyat Sabah, bertujuan meningkatkan bilangan Orang Kompeten Gas di negeri ini, di mana ECoS akan menyediakan kepakaran dan nasihat teknikal dalam pembangunan sukatan pelajaran, modul pembelajaran, dan penentuan fasiliti yang sesuai.

“Selain itu, ILTP akan dinaiktaraf secara berperingkat untuk mengendalikan Program Kompetensi Elektrik bagi kategori Penjaga Jentera Elektrik dan Pendawai Elektrik (sehingga tahap B4 dan PW4) dengan bimbingan teknikal daripada ECoS,” katanya.

Nasser berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan ILTP yang telah menamatkan mana-mana Program Kompetensi di bawah ECoS, dengan ECoS berperanan sebagai badan rujukan utama bagi pematuhan dan pentauliahan secara berterusan di ILTP.

Senarai institusi TVET yang telah mendapat pentauliahan daripada ECoS boleh dirujuk melalui pautan https:// ecos.gov.my/content/accredited-training-centres.