EcoWorld himpun usahawan, pemimpin industri kongsi pengalaman sebenar perniagaan di Eco Ardence

LocalBusiness & Finance
27 Apr 2026 • 5:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

EcoWorld himpun usahawan, pemimpin industri kongsi pengalaman sebenar perniagaan di Eco Ardence Image from: EcoWorld himpun usahawan, pemimpin industri kongsi pengalaman sebenar perniagaan di Eco Ardence liza27/04/2026 - 17:36 Dari kiri: Bob Ngoh, Betty Khoo, Ryan Au Yong, Erica Chong, Vanessa Chong, Shin Kong dan Eddie Tan Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 April – Eco World Development Group Berhad menganjurkan sesi perkongsian perniagaan sebagai platform menghimpunkan usahawan dan tokoh pemimpin perniagaan bagi bertukar pandangan berasaskan pengalaman sebenar dalam mendepani cabaran semasa.

 

Program EcoWorld Connects: Leadership Exchange Masterclass yang  berlangsung pada 25 April lalu di Eco Ardence itu memberi penekanan kepada perkongsian “real-world insights” atau pengalaman sebenar selaras dengan keperluan perniagaan masa kini yang semakin kompleks.

 

EcoWorld dalam satu kenyataan memaklumkan, landskap perniagaan kini dipacu perubahan teknologi yang pesat, jangkaan pengguna yang semakin tinggi serta tekanan untuk berkembang secara mampan.

 

Sehubungan itu, syarikat berkenaan melihat keperluan menyediakan platform yang bukan sahaja bersifat teori, tetapi menawarkan pandangan berasaskan pengalaman sebenar bagi membantu usahawan membuat keputusan lebih tepat.

 

Inisiatif itu turut mencerminkan visi lebih luas EcoWorld untuk membangunkan komuniti bersepadu yang menggabungkan elemen perniagaan, gaya hidup dan interaksi sosial dalam satu ekosistem.

 

t

 

Pendekatan tersebut meletakkan pembangunan EcoWorld bukan sekadar sebagai hab kediaman, sebaliknya sebagai platform yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan inovasi.

 

Pengurus Besar Eco Ardence, Tiong Siow Yin berkata inisiatif tersebut mencerminkan usaha EcoWorld untuk membina ekosistem yang menghubungkan idea, individu dan peluang dalam satu komuniti perniagaan yang dinamik.

 

“EcoWorld Connects mencerminkan aspirasi kami untuk membina bukan sekadar ruang fizikal, tetapi persekitaran yang menyatukan idea, manusia dan peluang.

 

“Perubahan cara bekerja dan menjalankan perniagaan ketika ini menunjukkan peralihan jelas ke arah model berasaskan komuniti yang lebih kolaboratif.

 

“Melalui inisiatif seperti ini serta pembangunan seperti Maya Corporate Office Suites di Eco Ardence, kami menyokong pertumbuhan perniagaan dengan memupuk hubungan bermakna dalam komuniti,” katanya.

 

Sesi itu turut menampilkan beberapa penceramah industri yang berkongsi pandangan mengenai cabaran utama perniagaan, khususnya dalam usaha beralih daripada model operasi bergantung kepada individu kepada sistem yang lebih tersusun dan berskala.

 

t
Shin Kong

 

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aimazin AI Digital Human Technology, Shin Kong berkata banyak perniagaan sukar berkembang kerana pertumbuhan syarikat masih terikat dengan masa dan kapasiti peribadi pengasas. 

 

“Melalui integrasi AI dan sistem automasi, perniagaan mampu meluaskan capaian, menyelaraskan komunikasi serta membina model operasi yang lebih berskala dan efisien.

 

“Penggunaan AI avatar dan sistem digital membolehkan perniagaan membina kehadiran jenama yang lebih konsisten, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia dan membuka ruang kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih luas,” katanya.

 

Dalam persekitaran digital yang semakin kompetitif, cabaran utama perniagaan adalah mengekalkan relevansi dan kepercayaan pengguna.

 

t
Eddie Tan

 

Bagi Pengasas Cake Tella & Keto Cake Eddie Tan pula, beliau menekankan kepentingan penjenamaan yang jelas dan konsisten dalam membina kepercayaan pelanggan.

 

“Kualiti produk hanyalah asas permulaan. Kekuatan sesebuah jenama terletak pada kedudukan yang jelas dan penceritaan yang konsisten kerana inilah yang akan memupuk kepercayaan yang seterusnya menjadi tunjang kepada pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

 

Perbincangan itu turut menyentuh aspek pengurusan kewangan dengan menekankan kejayaan sesebuah perniagaan tidak menjamin kekayaan peribadi yang terancang tanpa pengurusan yang betul.

 

t
Bob Ngoh

 

Pencipta Kandungan & Pendidik Kewangan, Bob Ngoh turut menekankan bahawa disiplin merupakan teras utama dalam pengurusan kewangan kerana pendapatan tinggi bukanlah jaminan kekayaan yang kukuh. 

 

“Tanpa struktur yang jelas, usahawan berisiko terlepas peluang untuk berkembang serta melindungi aset mereka. Sebaliknya, pendekatan yang berdisiplin akan memacu keputusan yang lebih tepat, sekali gus mengukuhkan ketahanan dan kestabilan kewangan jangka panjang,” katanya.

 

Bagi perniagaan tradisional, cabaran utama adalah mengimbangi keperluan inovasi dan dalam masa yang sama mengekalkan identiti asal jenama yang menjadi teras utama usahawan.

 

t
Vanessa Chong

 

Ketua Pegawai Eksekutif SW Aroma & Foo Kwai Heong, Vanessa Chong berkata transformasi perlu dilaksanakan secara seimbang namun ia tidak seharusnya menjejaskan identiti perniagaan. 

 

“Kuncinya terletak pada pemodenan sistem dan penjenamaan tanpa meminggirkan nilai teras yang menjadi tunjang kekuatan organisasi.

 

“Produk yang baik sahaja tidak mencukupi. Kejelasan identiti jenama dan konsistensi komunikasi akan membina kepercayaan jangka panjang,” katanya.

 

Secara keseluruhan, program itu memfokuskan pertumbuhan perniagaan mampan memerlukan gabungan sistem, matlamat yang jelas, disiplin dan kebolehsuaian dalam menghadapi perubahan pasaran. - DagangNews.com

Terkini standard