ECRL Dijangka Memulakan Operasi Pada Januari 2027

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 12:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka dapat disiapkan pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027. Ini sekaligus akan memendekkan masa perjalanan yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor ke sekitar empat jam sahaja berbanding 6.5 jam menggunakan kereta.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek itu telah mencatatkan kemajuan sebanyak 64 peratus setakat Mac 2024 dan pembinaannya berjalan lancar. Kerja-kerja pengorekan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39km turut sedang dilaksana dengan kedalaman yang melebihi 8km bagi kedua-dua belah terowong. Sekiranya penembusan dapat dicapai pada suku kedua 2025 kelak boleh menjadikannya terowong rel terpanjang di Asia.

Pembinaan ECRL dimulakan pada tahun 2017 sebelum dibatalkan pada tahun 2019. Ia kemudian dimulakan semula dengan penjajaran semula laluan bagi mengurangkan kos. Apabila siap kelak ia akan menggunakan 11 set kereta api elektrik (EMU) dari jenis CJ6 keluaran China yang terdiri daripada 6 gerabak yang boleh membawa 440 penumpang. Penumpang boleh menaiki ECRL bermula di Westport dan berakhir di Kota Bharu.