Ed Sheeran Main Badminton Bersama Atlet Kebangsaan Ketika Di Malaysia

Music
26 Feb 2024 • 9:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Penyanyi pop British, Ed Sheeran main badminton bersama pemain badminton kebangsaan, Chan Peng Soon sewaktu berada di Malaysia bagi menjayakan konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) tempoh hari.

Banyak aktiviti buat di Malaysia

Menerusi video yang dikongsikan Ed Sheeran di Instagram, dia telah memuat naik m0men sewaktu beraktiviti di Malaysia dan salah satunya bermain badminton.

Ed Sheeran main badminton dengan beberapa pempengaruh juga

Pemilik nama sebenar, Edward Christopher Sheeran, 33, itu telah menyarung jersi berwarna kuning dan tertera nama Malaysia disamping turut bermain badminton dengan dua pempengaruh media sosial selain Chan Peng Soon.

“Oh, badminton adalah satu perkara yang besar di Malaysia,” ujarnya sewaktu memulakan permainan.

Mereka bertiga dilihat bermain dengan posisi tiga lawan satu dimana masing-masing menghantar bulu tangkis tersebut ke arah Chan Peng Soon.

image is not available

Ed Sheeran main badminton, warna batik, cukur rambut & gaul Yee Sang

Selain bermain badminton, pelantun lagu ‘Perfect’ itu juga berkesempatan menyertai sesi mewarna batik, mendapatkan khidmat cukur di kedai gunting rambut tempatan serta menggaulkan Yee Sang bersama-sama rakan baharunya.

image is not available

 

image is not available

Untuk info, Ed Sheeran telah mengadakan konsert di Malaysia bersempena dengan siri jelajahnya ‘+ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour pada 24 Februari 2024 yang lalu.

Kehadiran penyanyi itu ke Malaysia merupakan kali kedua apabila pernah melangsungkan konsert pada 2019 di Kuala Lumpur sempena siri jelajah Asia.

Sumber: Instagram Ed Sheeran