Huawei Y9 Prime Ditawarkan Pada Harga RM899 Di Malaysia – Telefon Huawei Pertama Dengan Kamera Pop-Naik

TechnologyDigital
24 Jul 2019 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Malaysia hari ini telah pun mengumumkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y9 Prime. Telefon ini akan ditawarkan pada harga RM899 bermula 27 Julai 2019 ini.

image is not available

Huawei Y9 Prime hadir dengan skrin 6.59-inci, dijana cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Huawei Y9 Prime hadir dengan kamera pop-naik 16-megapixel untuk rakaman swafoto, selain tri-kamera belakang gabungan 16+8+2-megapixel.

Bagi anda yang inginkan peranti dengan kamera pop-naik, boleh menyemak penawaran Huawei ini bermula 27 Julai 2019 ini melalui para pengedar rasmi Huawei seluruh negara.