Eda Ezrin Dan Suami Akan Terus ‘Diambil’ Polis Setibanya Di Kelantan – PDRM

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami dan empat lagi rakan, akan terus ditahan polis sebaik sahaja tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan hari ini, memetik Kosmo.

Turut bersama ialah suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, serta empat individu lain iaitu Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26.

image is not available

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, kesemua mereka akan diambil keterangan sebaik tiba.

“Bagaimanapun dua daripada enam individu itu yang masuk ke Thailand secara haram akan ditangkap mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1958/63,” katanya ketika dihubungi media.

Difahamkan, anggota polis sudah bersiap sedia di ICQS untuk menjalankan proses penahanan dan siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-06 10:27:12

Kes Zara Qairina : Audio 44 Saat Disahkan Sahih, Rakaman Sebenar – Peguam